Ramadhan 15
Suasana ketaksuban manusia untuk menyambut hari raya semakin mengghairahkan, melebihi keghairahan mereka untuk meneruskan Ramadhan. Kadangkala melebihi keghairahan pencarian ganjaran keampunan yang juga ditawarkan secara eksklusif oleh yang maha pengampun.. Masyarakat kita masih terjauh daripada menghidupkan malam-malam ramadhan, kecuali pada 5 hari yang awal sahaja. Masjid surau sudah mula kehilangan jamaah tarawih dan subuh tetapi belum kritikal. Dijangka tahap kehadiran akan semakin kritikal menjelang semester akhir ramadhan berbanding di negara timur tengah. Kita terlalu asyik mengejar kemeriahan 1 syawal yang belum pasti menjadi milik kita, berbanding mengumpul bekalan sepanjang ramadhan yang sedang dilalui. Dimana-mana pasaraya dan premis perniagaan sudah barangpasti akan mengumandangkan lagu-lagu hari raya, bahkan sejak hari kedua berpuasa lagi. Masyarakat akhir zaman negara islam contoh dunia ini seolah-olah sedang terdera dan meronta jiwanya untuk bersegera keluar