Kemenangan di awal pagi
23 Syaaban 1439 adalah merupakan hari membuang undi untuk seluruh persekutuan Tanah Melayu termasuk utara borneo dan juga S'wak. Hari ini juga turut dikenali sebagai Pilihanraya UMUM yang ke 14... Hari ini adalah hari Rabu. Namun pihak pemerintah mengisytiharkan hari ini sebagai hari cuti untuk membolehkan rakyat yang bekerja untuk keluar mengundi... Penulis keluar mengundi sekitar jam 9 pagi bersama isteri. Penulis mengundi di SK Kg Melayu ... Tatkala tiba, orang ramai sudah berpusu² di pusat pembuangan undi. Penulis tatkala masuk di pintu pagar sekolah disapa oleh seorang petugas SPR bertanyakan no saluran... "Erkk...kalau tak tahu macammana?" "Boleh check di kaunter,,," Penulis sebenarnya telah melihat maklumat tersebut dalam laman sesawang namun tidak pula menyangka ianya berguna semasa hari mengundi. al maklumlah, 5 tahun sekali!! Pusat pembuangan undi kali ini kelihatan begitu sesak meskipun baru jam 9 pagi. Suasana ini amat berbe