Catatan

Tunjukkan catatan dari September 29, 2017

Bila geraham dicabut dua : dunia seakan terbalik

Imej
Hari keempat bulan hijrah Ar Rasul ke 1439, menjelang waktu Dhuha yang agak terik, penulis terkocoh² menuju ke klinik pergigian dalam organisasi yang terletak beberapa langkah daripada pintu pejabat penulis. Nawaitu penulis telah nekad untuk menamatkan gangguan pada geraham kanan yang semakin menyesakkan. Sebaik masuk ke dalam pintu kaca, penyambut di kaunter memaklumkan bahawa doktor tiada di pejabat pada hari ini. Maka bersegera penulis membelek laman sesawang organisasi untuk mencari klinik gigi yang menjadi sidang panel. Maka terpapar satu nama baru yang agak berhampiran. Selepas cuba menghubungi rakan² untuk bertanyakan klinik yanglebih selesa tetapi gagal mendapat jawapan sama ada secara lisan maupun tulisan, penulis terus sahaja meredah pergi ke klinik tersebut. Sebaik tiba di lokasi, nama klinik ada tapi klinik biasa. Bukan klinik pergigian. Cuba menghubungi no yang tertera pada laman sesawang...ada dua nombor tapi tiada sebarang jawapan.  Maka, tanpa berfikir panjang,