rupanya dah lapan tahun..?
Semasa perjalanan pulang dari kem tiram, menumpang kenderaan haji Z, penulis dan PH mendengar bual bicara antara ayahanda dan haji Z "Rupanya dah lapan tahun program ni berjalan.." "Ye ke.." "Betul....saya mula ikut masa program di tasik mardi. Masa tu dengan kerjasama yayasan. Kem komandan pun dari kalangan mereka. Kemudahan tu tasik tersebut amat-amat daif. Aktiviti malam ialah berjalan di sekitar tasik mencari CP. Siang ada lagi kembara.." Ya..masa itu penulis juga turut hadir sama. Peserta hanya tidur di dalam khemah. Berkongsi bilik air daif secara beramai-ramai. Fasi juga tidak seramai sekarang. Penulis tidak bermalam disitu memandangkan rumah penulis berhampiran sahaja. Masih terkenang kembara yang dilaksanakan pada waktu itu. Merentas anak-anak sungai dan soalan di CP lebih berkisar mengenai pemantapan iman dan juga rukun islam. Beberapa tahun berlalu. Kumpulan ini masih bergerak. Pimpinan kumpulan ini telah bertukar tangan. Beberapa proses perubah