Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 1, 2012

Anda wahabi ..anda syiah ..?

Wahabi adalah merupakan satu frasa kata yang cuba mengaitkan orang yang mempunyai atau menghayati fahaman aqidah yang dibawa oleh Muhammad b Abdul Wahhab. Secara umumnya di negara Islam Malaysia, perkataan atau gelaran ini dengan mudah dilabelkan kepada individu atau golongan yang cuba untuk memahami agama dengan hanya bersandarkan kepada dua rujukan utama, iaitu al-quran dan hadith semata-mata, tanpa mahu merujuk kepada qiyas, ijma' dan sebagainya. Secara mudahnya, mereka akan cepat melabel manusia yang cuba mempersoalkan mengenai perkara-perkara bebrbentuk ibadah yang sudah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat, seperti sambutan maulid, tahlil, qunut dan sebagainya. Mungkin atas dasar kecetekan ilmu, dan terikut-ikut rentak arus perdana, maka tuduhan melulu kepada golongan yang cuba untuk menjernihkan pemahaman agama mereka daripada segala bentuk taqlid buta, akan terus dilabel sebagai pengikut wahabi serta sesat. Tidak hadir majlis tahlil boleh dicop sebagai wahabi. Enggan