Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 24, 2017

Konsep Kepimpinan Ulama : Antara Realiti dan Fantasi

Imej
Konsep Kepimpinan Ulama yang diwar-warkan oleh kepimpinan sebuah badan siasah popular di negara semenanjung emas yang berkahwin dengan utara borneo pada 1963, dikatakan telah memulakan atau memperkenalkan konsep tersebut pada awal tahun 1980'an sejurus selepas kejayaan Al Marhum Khomeini menjatuhkan Takhta Merak yang telah berdiri lebih 2000 tahun. Semangat dan karisma kepimpinan beliau telah dengan cepat merasuk jiwa para pejuang Islam sedunia yang sememangya amat dahagakan kepada penubuhan sebuah daulah Islamiyyah sejak tahun 1924, selepas kejatuhan khilafah Ottoman Turki oleh sekularis pimpinan Kamal.  Khomeini, meskipun dikenali sebagai seorang syiah, telah berjaya berinovasi dengan konsep imamah dengan ijtihadnya dan menimbulkan idea Wilayatul Faqih, iaitu kepimpinan para pewaris atau pengganti imam ke 12 sepanjang ketiadaan atau keghaiban imam tersebut. Period masa kehilangan atau keghaiban imam yang panjang itu yang dikatakan akan muncul jua pada akhir zaman selaku Al M

Landasan keretapi dan kita

Imej
Sejak penulis bermastautin semula di bandar gotham semenanjung emas pada tahun 1987, bandar tersebut sudah sedia terpisah kepada dua bahagian yang besar oleh sebuah landasan keretapi. Hal ini adalah disebabkan wujudnya sebuah stesen keretapi yang terletak di tengah² daerah hujung semenanjung emas.  Landasan tersebut terus mengekalkan status quonya di tengah² bandar tersebut tanpa menghiraukan siapapun yang menjadi wakil rakyat atau Yang Berhormat, tanpa mengira kedai² yang disusun di beberapa meter kiri dan kanan landasannya, juga tanpa mengira sebarang rungutan dari penduduk persekitarannya. Sekitar tahun 1990an, sebelum masuknya edisi 2yk yang hanya gimik para aristokrat dan juga proletariat, sebuah jalan dibina sebelum dari landasan melalui jalan yang agak jauh yang membolehkan para pengguna jalan raya menggunakannya untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan apabila tren menggunakan landasan tersebut dan pagar menutup jalan menghalang pertembungan kenderaan da