suara suara dari menara
8 Safar tahun ke 1441 daripada hijrah ar rasul Terdapat beberapa wassap yang masuk ke dalam paparan gajet tua yang berusia melebihi tiga tahun itu. Apabila dibuka, ternyata isinya adalah sekeping surat yang cuba ditularkan. Antara kandungan isinya ialah membolehkan suara² dari menara diperdengarkan. Yang dimaksudkan oleh penulis suara² ini ialah bukan suara azan. Suara selain azan ialah seperti bacaan al quran beberapa minit sebelum masuknya waktu solat, suara tazkir yang dikumandangkan sebelum solat Jumaat, suara tarhim yang dikumandangkan sebelum masuknya waktu subuh di sesetengah lokasi, khususnya di hujung semenanjung emas. Namun yang anehnya, mengapa negeri hujung selatan yang amat terkenal mengiklankan pegangan aliran asya'irah wa maturudiah saban minggu itu dengan menggelapkan saudara mereka dari golongan ahli hadith atau athari, bahkan menyerang mereka sejak beberapa minggu ini dengan melabelkan mereka sebagai wahabbi yang harus dijauhi, tidak menyatakan bahawa men