Pejabat kosong : ada isu ke?
Masuk ke pejabat sekitar jam 8.15 pagi....suasana masih lengang. Tiada seorang pun staf yang kelihatan kecuali si pembuka pintu sahaja. Kebanyakan sedang menikmati sarapan pagi. GAMBAR HIASAN Menjelang jam 8.45 baharulah muncul wajah-wajah penghuni tetap pejabat berkenaan untuk memulakan kerja saban hari sehingga jam 5 petang. Sekitar jam 1 petang, suasana kembali suram. Penghuni pejabat akan muncul semula sekitar jam 2 ke 2.30 petang. Fenomena ini tidak diambil peduli oleh penguasa pejabat. Baginya, cukuplah jika kerja siap. GAMBAR HIASAN Masuk ke pejabat yang lain, seawal jam 8 tepat, penghuni pejabat sudah berada di hadapan pc. Sama ada sedang memulakan kerja, menyemak e mail atau up date FB itu bukan persoalan pokok. Yang penting jam 8 tepat, sudah berada di hadapan PC. Ada juga dikalangan staf di pejabat tersebut yang mengamalkan waktu masuk kerja ikut iklim bank. Jam 9 barulah muncul. Tapi hairan. Apabila disemak pada kedatangan, diketik sebelum jam