Ramadhan hanya batu loncatan untuk berhari raya sahaja?
Ramadhan ke 7 tiba dengan dendangan kepanasan yang agak membakar bumi Kluang...Gotham City jika bersandarkan kepada dalil dari filem Batman. Penulis bergerak ke Kluang Mall, pasaraya terbesar setakat ini di Gotham City, beberapa saat sebelum Asr.
Apa yang sememangnya kurang menarik di situ ialah pasaraya hebat telah mengumandangkan lagu-lagu sambutan eid walhal ianya masih jauh lagi dan bagi muslimin yang sangat mendambakan kehadiran Ramadan amat berharap agar sepanjang tahun ialah Ramadhan kerana segala ketaatan diterima, segala doa dikabulkan, segala amalan baik dilipat gandakan, pintu-pintu syurga terbuka dengan luasnya manakala pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, bahkan syaitan dipenjarakan di dalam lautan.
Namun keanehan dan kelucuan sikap sesetengah penjual, khususnya yang seagama dan sama berpuasa dengan kita amat menyedihkan dengan memperdengarkan lagu-lagi eid dendangan para artis lama dan juga baru. Jika sekiranya pemilik perniagaan dari kalangan non muslim yan