Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 8, 2019

kesatuan melayu : kesatuan Islam?

1. Sejarah politik semenanjung emas sekali lagi melakarkan sebuah epik terkini apabila parti islam dan parti nasionalis telah bersetuju secara rasmi untuk menzahirkan persandingan mereka dimana hubungan mereka senantiasa dipenuhi dengan teka-teki sejak sebelum PRU ke 14; 2. Ini bermaksud parti Islam telah berijtihad dan mengeluarkan qaul jadid bahawa parti nasionalis telah menggungguli kepatuhan syariah dalam siasah dan ini sekaligus memadamkan qaul-qadim dimana mereka menghukumkan parti nasionalis sebagai parti yang tidak Islam dari kacamata mereka; 3. Para pendudung (atau wala') parti Islam sejak awal lagi, bahkan sejak tercetus isu 90juta begitu yaqin bahawa mereka akan melangkah ke Putrajaya seawal sebelum PRU ke 15; 4. Parti Islam seolah mengambil langkah 'berundur ke belakang' dimana mereka kembali ke pangkuan dan dakapan parti nasionalis yang sememang mereka adalah berasal daripada embrio yang sama suatu ketika dahulu; 5. Parti Islam juga pernah beke