Ucapan Selamat Hari Raya Di Kalangan Melayu
Sorotan 9 Syawal 1444 Sesi rumah terbuka Madani terus berjalan dengan baik meski terdapat banyak rungutan dan juga sungutan berkaitan pembaziran, penggunaan jentera kerajaan, serampang dua mata untuk kempen PRN dan sebagainya; Kadangkala agak pelik apabila acara memberi makan kepada rakyat dianggap satu pembaziran manakala perolehan kenderaan mewah untuk ADUN dianggap sebagai langkah untuk syiar sebagai pendakwah? Meskipun syawal telah hampir ke penghujung, sambutan masih berlangsung hampir setiap hari di semenanjung hujung selatan. Dari acara rumah terbuka individu, jabatan, unit, kelab hinggalah ke acara marhaban di setiap malam tanpa mengira hari bekerja atau cuti hujung minggu; Acara di pejabat atau di hotel, mahupun di institusi lebih hangat dengan sajian tarian dan nyanyian, meskipun tidak terlalu keras iramanya, namun lantunan dan tari gelek sang penghibur suam kuku pasti akan melalaikan sesiapa sahaja yang mungkin 'tersinggah' walau hanya untuk makan dan minum. Anehny