Kemana jamaah menghilang?
Menjelang zuhur, dua hari sebelum hari wuquf, penulis berkejaran ke sebuah surau berhampiran sebuah taman perumahan. Namun sebaik tiba, suasana surau lengang tanpa kelibat jamaah mahupun AJK. Penulis mengambil keputusan untuk ke hadapan lagi di dalam kawasan taman perumahan yang sama. Jarak tidak dampai 3 km. Alhamdulillah, tatkala tiba di pintu pagar surau, ianya sudah terbuka sedikit menandakan wujud jamaah di dalamnya. Selesai bersuci, tatkala masuk ke perut surau, hanya ada dua orang jamaah yang menanti. Seusai solat qabliyah, iqamah dikumandangkan dan salah seorang dari dua orang tadi mengimami solat kami. Ya..hanya tiga orang, dua orang adalah ahli qaryah. Sebuah taman perumahan juga yang dilintasi oleh penulis petang jumaat berjerubu dalam hari tasyriq yang tiga berhadapan rumah majoriti muslim tersergam di atas kawasan bukit sebuah binaan kuil yang begitu gah. Khabarnya dalam taman kecil yang majoriti adalah muslim itu, terdapat tiga kuil termasuk yang paling