Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 31, 2016

Meluat lah dok pejabat nih....

Imej
"Tak best la dok kat pejabat nih.." Kita terbiasa mendengar rungutan yang seumpama ini dari rakan-rakan sepejabat, khususnya yang baru dipindahkan ke pejabat baru. Biasanya apabila staf yang sudah berakar umbi (istilah penulis untuk staf yang duduk terlalu lama disesebuah pejabat), apabila dipindahkan ke jabatan lain, akan dapat merasai aura yang berbeza. Jika sebelum ini dia berada di pejabat yang sangat menyamankannya, maka apabila dipindahkan ke pejabat lain yang agak kurang nyaman, rakan yang berbeza, saiz pejabat yang berbeza dan kepelbagaian perbezaan lain akan dapat merasai pelbagai rasa kurang enak. Ada kalanya rasa kurang enak itu akan sedikit demi sedikit hilang apabila rakan-rakan yang sedia wujud di pejabat baru dapat disekufukan. Namun ada juga kalanya perasaan itu semakin hari semakin mendongkol, ditambah dengan pelbagai perisa rakan ² baru yang kelihatan jelik. Apabila perasaan kurang enak itu semakin gagal dikawal, maka akhirnya akan meletusnya segala a