Kisah Bendera yang belum dikibarkan
25 Zulkaedah 1442 Selepas 42 hari medan ruang solat berjamaah di surau dan masjid yang seluas padang bola adanya hanya terus dikuasai oleh golongan empat orang yang terpilih dari kalangan AJK yang berkemungkinan akan mendapat surga tanpa hisab...dan sudah 4 atau lima minggu solat Jumaat juga dimonopoli secara giliran berasama 12 orang lelaki pilihan di sekitar qaryah dengan sejumlah pegawai syarak di hujung selatan semenanjung emas yang ma'mur.. Sehingga hari ini, pengkisahan tentang jumlah jamaah solat adalah yang paling rendah mendapat tempat di hati warga medsos. Penceritaan dan pengkisahan di twiter, FB, IG apalagi grup wassap kampung, taman, surau , pejabat dan lain-lainnya juga hanya berkisar tentang politik yang tidak pernah puas oleh segelintir ahli politik liar yang kelaparan dan kehausan kuasa bahkan menjadi tamak dan khuatir pula akan kehilangan kuasa. Tentang jumlah yang dibenarkan ke pasar, ke kantor dan ke supermarket, jumlah jiran tetangga yang semakin terhimpit ke