Kuasa kem komadan : teluk gorek the returns
1 Feb 2013 - kami sekali lagi dipilih Allah untuk berjuang (?) di bumi Mersing bagi melaksanakan tuntutan taalim wa taalum - mengajar dan belajar ..? Proses motivasi ini sebenarnya boleh kita katakan ianya sebagai proses pengajaran dan pembelajaran kerana peserta datang untuk belajar tetapi kadang-kadang para fasi dapat pula belajar sesuatu dari mereka.. Kehadiran kami pada kali ini tidak dapat disertai oleh beberapa orang sahabat, khususnya sahabat besar Tn Guru (TG) dan Pegawai Hutan (PH) serta Juru Audio Visual kami yang tersohor. 'Kehilangan' sementara mereka diganti dan terubat dengan kehadiran Pegawai Sukan (PS) dan juga dua fasi baru.... Kami tiba di lokasi sekitar jam 12.15 tengahari Jumaat yang terang benderang. Laut sangat bersih di langit cuaca. Angin bertiup agak kuat. Dapat bermuzakarah dengan KF perihal beberapa perkara. Diri terasa agak 'kehilangan' kerana sahabat besar tidak dapat bersama... Menjelang Jumaat, kami bergerak ke masjid. Usai