Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2013

Kurma Iran VS Kurma Saudi

Imej
Isu ini boleh dikatakan sudah mula dimakan kulapuk. Namun tatkala majlis berbuka puasa di rumah mentua Ramadhan hari ke 12, isu ini mula hangat kembali gara-gara adik ipar yang menyentuh kotak kurma yang dibawa ... Rupanya orang sebelah yang setia kurang perasan dengan isu ini. Sebaik pulang dari jamaah Maghrib tatkala hendak menyenduk nasi goreng najlis tahlil ringkas Asar tadi, orang sebelah mula berbunyi,.. "Lain kali tak payah beli kurma tu lagi..." "Mmm...kenapa pula..?" "Dia orang bunuh budak..." Ya ...isu pembunuhan kanak-kanak adalah isu yang sensitif bagi dirinya. Atas sebab itulah dia terus menolak untuk makan di salah sebuah restoran makanan segera tersohor yang dikatakan membantu zionis melalui wang keuntungan, sedangkan sebelum itu, beliau jarang sekali tidak hadir ke restoran tersebut. Apatah lagi dia juga pernah bertugas sebagai krew di situ suatu ketika dahulu. Tapi pada pandangan penulis isu ini berbeza.. &qu