Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 12, 2014

Al mulhamah al kubra -

Imej
Hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Kalian akan berdamai dengan bangsa Rom (Amerika) dalam keadaan aman, kemudian kalian dan mereka akan memerangi satu musuh di belakang mereka. Dan kalian akan memeperolehi kemenangan serta harta rampasan perang dengan selamat. Kemudian kalian akan berangkat sehingga sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit (Megiddo?) Maka seorang lelaki dari tentera Rom (Amerika) mengangkat salib seraya berkata, :"salib telah menang!!" Maka marahlah seorang lelaki daripada kalangan kamu lalu membunuhnya lalu ditentang (oleh tentera Rom) dan jatuh (meninggal). Pada ketika itu (tentera Rom) sudah berkhianat (tidak patuh pada perjanjian) berlaku pertempuran demi pertempuran dan mereka berkumpul untuk memerangi kalian di bawah 80 bendera di mana dibawah tiap-tiap bendera terdapat 12,000 tentera" - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Hibban daripada Dzi Makhmar ra HURAIAN Penulis buku HURU HARA AKHIR ZAMAN,

Dipenjara kerana RM2...: Dimana kredibiliti penguasa agama?

Imej
Isu ini dah agak lama. Bagi sesetengah pihak dianggap lapuk dan mungkin dianggap sebagai isu terpencil sahaja. Banyak lagi isu besar yang perlu ditangani seperti syiah, ancaman Lahad Datu dan sebagainya termasuk ancaman penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian... Apabila penulis terbaca di dinding muka buku salah seorang rakan sejawat awal pagi tadi, penulis hanya sekadar melihat sekilas lalu dengan tanggapan negatif di pemikiran berkarat, "alah...orang lain dah tau dah..." Tetapi apabila rakan tersebut secara tiba-tiba membuat panggilan selepas rehat tengahari tadi, ianya agak memeranjatkan penulis. Beliau ini adalah salah seorang pendukung kuat parti nasionalis yang terkenal di negara semenanjung emas ini.  Beliau ingin mengambil pandangan penulis berkaitan isu ini. Bagaimana pula jika seorang yang memang dalam kesempitan wang datang ke gereja dan mengambil wang yang disediakan, tanpa perlu ditemuduga oleh sang paderi, tanpa perlu memegang lutut sister