Catatan

Tunjukkan catatan dari September 7, 2013

sketsa maghrib

Menjelang maghrib awal zulkaedah penulis singgah di surau berhampiran flat. Terpandang sepasang kekasih atau suami isteri berpakaian sedondon hijau...berkepitan berjalan beriringan melalui dan melintasi surau. Tatkala melalui tepian kenderaan penulis, wanita asyik membelek hp di tangan. Tatkala melalui pintu masuk, terpampang dalam pemerhatian di cermin sisi , pasangan itu seolah hendak membelok masuk ke pintu surau, tetapi ianya tidak berlaku.. Selang beberapa minit, seorang wanita mungkin berusia lebih sedikit tanpa memakai sebarang kain penutup kepala, berjalan terus masuk ke pintu pagar surau ..  Itu perbezaan ketara. Sepasang kekasih dengan gaya sang perempuan ala muslimah melalui pintu surau sambil berpelukan tanpa menoleh ke surau ataupun mempelawa pasangannya yang sudah barang pasti lelaki tanpa pernah melalui kedatangan haid, untuk menyertai jamaah. Seorang wanita biasa tanpa penutup kepala begitu tawadhuk menuju ke rumah Allah untuk solat... Ya Allah...

Pendaftaran pelajar baru

Universiti awam seluruh Malaysia telah menerima kemasukan pelajar baru mulai Ahad lepas. Bagi mengisi tempoh masa orientasi atau dalam bahasa yang diterima pakai kini ialah minggu haluan siswa, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan budaya universiti. Apakah budaya universiti? Apakah budayanya agak berlainan dari budaya di luar universiti atau ianya hanya sebuah entiti untuk menyatukan pelbagai budaya luar agar bersesuaian dengan iklim akademik? Sepanjang minggu MHS terdapat banyak pengisian berbentuk ilmiah. Mungkin sekali sekala abang atau kakak petugas akan cuba menyampuk dengan pengisian lapuk yang diwarisinnya secara turun menurun dari guru-guru mereka yang juga merupakan senior yang pernah menghuni kampus sebelum mereka. Pengisian nyanyian dan tarian misalnya sudah menjadi sunnah senior yang terus diamalkan dari masa ke semasa kununnya untuk mengelakkan keboringan. Kununnya untuk menimbulkan sedikit mood adik-adik yang kelihatan

PINTAR bakal dikuburkan?

Imej
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya". Yunos :49 Malam sabtu syawal terakhir majlis sambutan syawal diadakan di jamek menara nan sebatang. Jemputan terdiri daripada veteran PINTAR. Kelihatan agak ramai juga yang hadir bersama keluarga, khususnya geng hard core yang jarang menguzurkan diri seperti TG, PH II, PH III, jurufoto, TD, bahkan wajah-wajah kesayangan hamba seperti Mr F dan PH juga muncul tanpa terduga. KK senior juga ada berpakaian uniform bertugas.  Tatkala penulis tiba, guruh mula berdentuman di langit yang kelam. Hidangan malam ialah kambing bakar - yang utama. Terdapat hidangan lain seperti mee goreng, key teow, roti jala, sate, ais krim dan pelbagai lagi. Jamuan kelihatan agak mewah. Maka be