Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 8, 2021

Sorotan kembara silam : Kembara Pertama di Kem Nasuha

Imej
 24 Rajab 1442 Pihak pengurusan organisasi memutuskan untuk meneruskan program sebagaimana Sungkai tetapi mengikut acuan dan fasi sendiri dari kalangan staf. Berikutan itu, satu jawatankuasa dibentuk dan pemilihan fasi dibuat untuk memikul tugas yang berat tersebut. Dalam siri TOT yang pertama dilaksanakan di lokasi bebrbukit tersebut, penulis adalah merupakan salah seorang peserta. Tidak ketahuan pula sebagai pelengkap, atau pelakon tambahan atau sekadar bahan ujikaji setaraf tikus putih makmal. Sorotan kembara yang dilakukan adalah pada sebelah siang sehari sebelum hari terakhir program yang memakan masa 4 hari tiga malam untuk diselesaikan, sama seperti Sungkai yang menjadi rahim atau tabung uji. Proses pembesaran embrio program dilakukan di sini, taman herba di daerah parlimen PM ke lapan dalam senarai PM negara... Perjalanan kembara bermula se awal jam 8 pagi dengan sesi taklimat ringkas. Taklimat panjang telahpun dilaksanakan pada sebelah malam tadi. Semua peserta diminta membawa

Sorotan Kembara Silam : Sungkai Dalam Lipatan Pengalaman Usang

Imej
 24 Rajab 1442 Sekitar tahun 2004, penulis dan beberapa rakan seorganisasi telah terpilih untuk menyertai kursus nilai teras organisasi di lokasi yang melebihi dua marhalah dari ibu pejabat. Sungkai dalam negeri perak, terletak di dalamnya kem yang dikelilingi kebun getah. Tanah persendirian milik syarikat tersebut. Di bahagian belakang kem terbentang sebatang sungai yang mengalir lesu dengan warna keruh seperti teh tarik di kedai mamak. Oleh kerana penulisan ini hanya memfokuskan tentang slot kembara, maka penulis tidak berhajat untuk memperpanjangkan bab lain yang berkaitan memandangkan ianya pernah ditulis sebelum ini ( https://abuzair.blogspot.com/search?q=sungkai). Kembara sungkai juga dilaksanakan pada waktu malam. Seusai makan malam dan selepas menerima penerangan panjang daripada pihak urusetia, kami memulakan perjalanan merentas hutan pokok getah seawal jam 9.30 malam. Kami bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang kalau tidak silap. Masing² bergaya dengan lampu suluh mereda