Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 14, 2010

Lawatan sehari ke ibu negara

28 Feb 2010 (Ahad) Sebenarnya perjalanan ini kurang dirancang melainkan pada Sabtu 27 Feb 2010 bila kedengaran bonda begitu berkeinginan untuk menghadiri walimah anjuran anak saudaranya di Kuala Lumpur...kota metro. Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk perjalanan ini. Pertama, hari ini mungkin laluan turun ke KL sesak kerana hari akhir atau penutup kepada manusia yg bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Kedua, tayar belakang kereta yang sudah semakin uzur sedangkan hari kemewahan masih jauh dek kerana gaji bulan feb cepat akibat perayaaan tahun baru cina. Akhirnya satu persetujuan dicapai. Isteri penulis setuju untuk membantu meminjamkan wang untuk penukaran tayar. Bonda setuju untuk membaiayai petrol dan adik bungsu bersetuju untuk membiayai tol. Aku pula membiayai belanja makanan sepanjang jalan. Persediaan pertama dibuat ialah menukar tayar. Kedai tayar di hadapan hotel kota prima menjadi pilihan. Dengan wang lebih kurang RM400 segalanya selesai. Dalam hati, mungkin ini k