Sketsa Pembelajaran Atas Talian
13 Jamadil Akhir 1432..Selasa yang cerah Secara umumnya, sebelum tahun 2020...tiada pelajar sekolah menengah atau rendah, bahkan di menara gading sekalipun yang dapat membayangkan bahawa mereka akan terpaksa melalui satu keadaan dimana pembelajaran secara maya menjadi suatu realiti dalam kehidupan. Mungkin anak² di era tahun 90an pernah berangan² untuk membawa komputer riba ke sekolah ataupun pergi ke sekolah dengan hanya berlenggang tanpa perlu membawa beg yang diisi dengan buku seberat batu. Tiba di sekolah, hanya perlu duduk dengan segala peralatan PC lengkap di meja. Namun segalanya telah menjadi realiti di tahun 2020. Tahun dimana masyarakat mengimpikan kehadiran kereta terbang, namun kejutan pembelajaran secara maya telah memeranjatkan dunia pendidikan konvensional. Hatta kuliah² agama juga telah mula dibiasakan menggunakan secara maya, meski suatu ketika dahulu pengikut dan ulama tersebut membantah kaedah yang dikatakan tidak memenuhi konsep bertalaqqi secara kitab ke kitab, l