Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2019

Masjid sejuk penghawa dingin ditutup....

Imej
Malam ke 19 daripada kiraan bulan zulkaedah tahun ke 1440 dari kiraan hijrah Ar Rasul, yang tidak lagi dihiraukan oleh kaum muslimin awam di hujung semenanjung emas kerana tiada lagi acara makan makan dan ketawa di rumah² terbuka.... Secara tiba-tiba penulis terkenang akan dialog antara penulis dan seorang ah moi semasa berada di tingkatan dua, di salah sebuah sekolah menengah di kawasan tengah gapura selatan. Ketika itu penulis dan beberapa rakan baharu sahaja kembali ke kelas selepas menunaikan solat asr. "Itu surau ada kipas ke?" secara tiba² terpacul soalan itu daripada ah moi.. "ada la..." "Uiiyooo..." dia seakan menjakun bersama dua tiga orang rakannya. "di tokong tak ada kipas ooo. Panas...banyak asap..." Dan perbualan itu mati di situ. Mungkin selayaknya ia disambung terus untuk misi dakwah. Sayangnya, ia terus berakhir tanpa sebarang usaha untuk diteruskan. Barangkali, jika penulis dapat bertemu sekali lagi

Belakang Dia Suka....

Imej
Melewati beberapa minggu sejak syawal 1440 - tolak bahagi kira² 60 tahun sebelum turunnya Baginda Isa Al Masih dari menara putih masjid Umayyad di kota Damsyik..Topik belakang menjadi begitu hangat bersama jemputan sambutan hari raya hingga melahirkan istilah baharu yang dipopularkan media massa ... Cerita suka belakang ini sebenarnya pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1998 .. 21 tahun yang lampau hingga hampir sahaja pemerintah hegemoni negara semenanjung emas ini jatuh pada ketika itu. Rupa²nya Allah menetapkan selepas 20 tahun baharulah ianya jatuh di pintu undi marhaen.... Istilah suka belakang yang ingin penulis sampaikan ialah kesukaan seseorang kepada bercakap di belakang...bukan suka belakang ehem ehem... Sememangnya penyakit suka bercakap di belakang seakan² melatari atau mungkin menghantui kehidupan sebahagian besar daripada kita.  Sebagai contoh, dalam satu mesyuarat, sang hadirin hanya diam dan mengangguk² kecil sahaja. Meski di dalam hati berperang menen