Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 28, 2014

Tragedi akhir Ramadhan

Imej
Bunyinya agak sadis...seusia iftaar tatkala berkejaran ke surau berhampiran, nah rupanya tiada jamaah lagi, walhal bintang-bintang telah mula muncul..Apabila masuk ke dalam perut surau, rupanya masih terpaksa menunggu. Surau milik siapakah ini? Apakah surau milik pengikut syiah yang hanya iftaar sebaik terbit bintang di langit kelam? Lima belas minit berlalu, baru muncul imam tua menunggang motosikal tua yang menderum bunyinya. Maka solat pun segera diiqamahkan... Kemudian, sebaik salam selesai disampaikan, imam tua mula bertakbir eid fitri...apakah pengumuman mengenai pengisytiharan rasmi eid telah dibuat seawal ini? Adakah imam telah ternampak hilal syawal? - Jika benar, ia perlu segera menghubungi tuan kadi daerah... Jika kedua² tidak, dari mana datangnya fikiran sang imam untuk memulakan takbir eid? Apa akan berlaku jika pengisytiharan yang dibuat kelak menghasilkan tarikh yang bukan esok? Pentadbir agama daerah perlu segera berikan penerangan. Ini satu bid