Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 12, 2014

Kembara kecil: Dari BSB ke Miri Rahsia Keagungan & Keadilan Seorang Sultan

Imej
INI BUKAN DI BRUNEI...INI DI MIRI MEE KOLO JAME MIRI Sebaik melangkah ke Maktab Kejuruteraan Jefry Bolkiah, kami seolah berada di sebuah sekolah lama sekitar tahun 90 an, meskipun ianya sebuah institusi pengajian tinggi. Mujurlah ada bangunan baru yang menempat perpustakaan utama, maka ianya agak layak untuk dipandang sebagai sebuah institusi berprestij yang duduk dan bangun sama taraf selaku sebuah institusi. Menjejaki lantai tangga yang boleh dianggap kurang dijaga, kami melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang mungkin hanya seluas sebuah perpustakaan sekolah rendah di negara kita. Sebaik selesai berurusan, kami meneruskan perjalanan ke Miri. Kami menemui miri sekitar jam 1 tengahari. Rupanya rakyat Brunei ini memang kerap masuk ke Miri untuk berbelanja. "Kalau hujung minggu lagi ramai yang masuk. Di sini, sektor awam akan bercuti pada Jumaat dan Ahad, manakala Sabtu adalah hari bekerja...."