Ramadhan ke 10
Hari ini hari terakhir dalam semester pertama madrasah ramadhan. Esok akan bermula semester ke dua madrasah ini yang bakal menawarkan pelbagai tawaran yang lebih hebat, keampunan dosa. Apalagi tawaran yang lebih hebat dari mendapat keampunan dari Tuhan? Tetapi sudah barang pasti dugaan dan cabaran yang bakal menanti tentunya lebih tough. Bukan semudah dan sewenangnya untuk mendapat anugerah keampunan yang maha hebat itu. Juga sememangnya tidak semua dari kita berjaya mendapat anugerah rahmat yang dijanjikan sepanjang 10 hari semester pertama ramadhan. Setiap muslim ada peluang yang sama untuk meraih ganjaran. Cuma kita mahu atau masih segan itu yang menjadi persimpangan. Mari kita teruskan perjuangan di semester kedua ini dengan penuh iltizam memburu keampunan yang dijanjikan... Wallahu a'lam