Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 28, 2011

Sg Abong Muar

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan ...At Taubah : 18 Kali ini kami sekali lagi terpilih untuk menabur bakti, mengutip ganjaran dan cuba menuai budi sekali lagi. Lokasi ialah masjid Sg Abong Muar. Untuk pertama kalinya kami melaksanakan aktiviti di dalam rumah Allah. Musafir bermula di pagi Jumaat yang indah menumpang kenderaan tuan guru bersama pegawai hutan. Singgah di stesen minyak shell parit sulong untuk mengisi tangki dan tiba di lokasi sekitar jam 12.00 tengahari. Acara bermula dengan makan tengahari di gerai dalam kawasan masjid. Masjid Sg Abong Muar tidak mempunyai bangunan yang terlalu indah sehebat Masjid Putrajaya, apalagi seluas masjid Negeri Selangor. Dari luar, hanya sebuah bangunan empat segi tanpa bumbung melayu. Namun kawasan sekitarnya luas dengan dereta