Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 24, 2014

Lanun Johor : Fenomena atau semboyan

Imej
Sebaik sahaja kebangkitan JDT bermula beberapa tahun yang lepas, gelombang itu diteruskan dengan pelbagai gaya dan kreativiti para pendukung pasukan tersebut. Antara yang paling dilihat dan terpapar kini ialah Lanun Johor yang memakai gelaran singkatan LJ dengan lambang tengkorak. Para pendukung dan pengikut gerakan atau fenomena ini berpendapat ini hanyalah seqadar suka² sahaja tidak lebih dari itu. Ianya bukanlah sebuah gerakan massa yang kukuh dan berorganisasi mantap. Ia dianggap sebagai satu gerakan penyokong kepada JDT itu sendiri. Tiada siapa pula yang tahu siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan fenomena ini. Tetapi bagi pandangan peribadi penulis, ianya kelihatan seolah-olah sebuah gerakan yang bersifat revolusioner. Ya mungkin pandangan ini tampak keterlaluan.  Mungkin secara pandangan jengkel, seolah-olah tampak seperti sebuah gerakan yang berwajah ganas. Bukankah perkataan 'lanun' itu sendiri sudah bercirikan keganasan dan kejahatan yang agak kla