Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 16, 2020

Penutup 2020

Imej
 26 Rabiul Akhir 1442 bersamaan Jumaat Maka kita telah mula meniti hari² terakhir di tahun masihi 2020. Tahun yang dahulunya dinyanyikan saban waktu di kaca² televisyen akan wawasan yang diimpikan. Juga tahun dimana kapsul masa yang ditanam di bawah mercu tanda Putrajaya akan dibuka. Tapi sehingga tulisan ini ditulis pada jam 12 tengah malam, masih belum ada sebarang petunjuk untuk kapsul tersebut dibuka. Barangkali, jika OT95 (menggunakan perkataan ISO) masih menjawat jawatan PM, ada kemungkinan kapsul tersebut akan dibuka pada selewat²nya pada malam 31 Disember barangkali. Namun, dek kerana keadaan sekarang yang masih bergelut dengan modal Covid 19 dan bilangan pesakit yang berlebihan jumlah berbanding rendah pada saban hari, maka ada kemungkinan kapsul tersebut akan terus tersimpan kemas di perut bumi tanpa dipedulikan. Boleh jadi, suatu hari nanti, mungkin selepas 100 tahun tertanam kemas di dalam perut bumi, akan ada yang terjumpa ianya sebagai satu bentuk bahan bersejarah pula la