Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2013

Malam ke 29 ramadhan 1434....harapan terakhir

Imej
Kehadiran malam ke 29 ramadhan hanya dicemari dengan bunyi dentuman mercun. Namun pada tahun ini tiada pula kedengaran bunyi meriam buluh sebagaimana tahun sebelumnya. Mercun adalah tanda keseronokan atau kegembiraan. Telah dimainkan dengan meluas dalam majlis keramaian di negara tanah besar China beribu tahun dahulu.  Mungkin kita telah terasuh dari kecil untuk meraikan 1 syawal sebagai hari kemenangan. Kemenangan atas peperangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Kejayaan menahan kehendak makan, minum dan senggama pada siang hari sepanjang Ramadhan. Namun kebanyakan dari kita hanya beranggapan bahawa kejayaan Ramadhan hanyalah setakat itu sahaja.. Jarang kita mengetengahkan idea bahawa segala kehendak nafsu yang menjurus kepada dosa sepanjang ramadhan seperti mengumpat, berbohong dan sebagainya yang mengundang dosa juga perlu ditahan untuk mendapatkan anugerah sebenar hasil tarbiyyah Ramadhan iaitu taqwa.. Maka tidak hairanlah kalau pejabat kerajaan kebanyakkanya diisi dengan lagu da

Hari ke 27 ramadhan

Imej
Hari ini dimulai penulis tatkala jam azan subuh yang diawalkan 30 minit menlaksanakan tugasannya.  "Allahu Akbar...alangkah ruginya aku...aku tidak layakkah untuk menjadi salah seorang penerima anugerah al qadr?" Ya..masih ada beberapa minit berbaki untuk mendirikan solat. Selepas bersahur dengan air dan kurma, cuba menjejak redha ilahi di akhir malam....sebenarnya di penghujung malam....yang begitu gawat...moga-moga jika benarlah turunnya angkatan rombongan jibrail pada malam 27 tadi termasuklah hamba Mu yang lemah ini dalam senarai orang yang mendapat 1000 bulan...meskipun hanya secarik sahaja ya Rabb... Entah mengapa begitu sukar untuk bangun solat malam. Walhal seusai solat isya tadi sempat tidur sekira-kira satu jam dan boleh banguna berjalan serta memandu kereta. Namun bila tiba sahaja di rumah, segala pemikiran dan tubuh seolah terpaku dan terpedaya. Bisikan yang entahkan dari mana berkata, awal lagi. Akan elok jika ditakkhir hingga akhir se