SK Parit Raja-Satu fenomena
Jumaat ini kami bergerak menunaikan satu lagi misi. Hanya beberapa km sahaja dari ibu pejabat. Muncul selepas jam 5.30 petang dek kerana mesyuarat tergempar di balik bilik kaca jernih. Tatkala tiba, acara ice breaking dan pembentukan kumpulan masih lagi berlangsung.. Menjelang 6.30 petang makan malam dan usai solat maghrib jati diri oleh kem komandan. Kami fasi bermesyuarat untuk membincangkan kembara malam yang dikemudi oleh Tn Haji Z. Tatkala pembentangan 10 kumpulan berakhir kami sudah duduk memesan air dan makanan. Menjelang jam 12.30 pagi kami kembali dan mengejutkan peserta. Fasi lelaki hanya menunggu di surau manakala fasi wanita di kantin. Di surau, dalam keadaan yang samar-samar, kami sempat menyulam mimpi terlebih dahulu. Sekitar jam 3 pagi barulah muncul para peserta cilik itu disekeliling kami Kembara malam itu berbentuk misi melengkapkan puzzle. Kami memproses peserta secara serentak. Disitu penekanan lebih lepada akrab.... Kemudian kami menyerahkan samp