Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 9, 2011

Ada aku kisah??

Imej
Memandu selepas Maghrib penulis terdengar kuliah tafsir Al Quran oleh As Sheikh Dr Zahazan Mohamed. Beliau ada memetik kisah seseorang yang beriman dalam istana Firaun selain daripada asiah, isteri firaun. Lelaki yang beriman itu dianggap mempunyai jawatan dalam kerajaan firaun. Apabila firaun berpendapat untuk membunuh sahaja Musa memandangkan kekuatan pengikutnya semakin bertambah, maka lelaki yang beriman ini telah berkata, adakah engkau hendak membunuh seseorang yang hanya mengatakan tuhannya ialah Allah? Al Fadhil ustaz juga menyatakan bahawa ayat yang dibahaskan ini menjadi satu petunjuk tentang keharusan seorang muslim berkhidmat dalam kerajaan yang zalim sebagai pendakwah dan sebagai benteng kepada kekuatan Islam. Muslim ini perlu menegakkan kebenaran apabila islam mula terancam. Bukankah Nabi SAW menyatakan bahawa jihad yang paling besar ialah menyatakan kebenaran terhadap pemimpim yang zalim.. Kisah ini juga menunjukkan kepentingan untuk mengambil tahu urusan kaum muslimin ya