Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 21, 2012

1 ramadhan 1433

1 ramadhan 1433 dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah di Surau Jasa Sepakat. Usai solat, bergegas untuk membeli susu dan juga lampin pakai buang, antara stok penting yang senantiasa dipantau bagi mengelakkan kehabisan stok. Setelah selesai membeli keperluan tersebut, bergegas pulang untuk makan malam dan perlu diselesaikan segera sebelum masuk waktu solat isya' memandangkan penulis bertugas pada tiga malam yang awal ini. Solat isya' dan tarawih dapat disempurnakan dengan diiringi isteri dan anak sulung penulis. Sebagaimana lazimnya, malam-malam awal Ramadhan akan menyaksikan peningkatan jamaah yang agak mendadak daripada hari-hari biasa. Mungkin jumlahnya kurang sedikit berbanding malam awal Ramadan tahun lepas dek kerana masjid jame' yang baru telah siap projek pembinaanya dan malam ini merupakan tarawih pertama di sana, namun fenomena tsunami Ramadhan di malam-malam awal kemunculannya adalah fenomena biasa saban tahun.. Selesai solat, kami singgah di ked