Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 31, 2013

Teluk Gorek oh Teluk Gorek

Imej
18 Januari 2013 - pergerakan pertama bersama kumpulan ini selepas berehat hampir enam bulan. Kali ini kami ditugaskan untuk menggerakkan program pelajar baru pra diploma. Lokasi yang dijanjikan ialah Telok Gorek. Penulis memulakan musafir dari rumah dengan menumpang van organisasi. Kenderaan tersebut tiba di hadapan rumah penulis sekitar jam 10.15 pagi. Di dalam van putih jenis toyota itu terdapat beberapa orang rakan yang turut serta. Cuaca adalah dalam keadaan yang amat baik. Kenderaan dipandu agak laju. Berbual dengan ayahanda berkaitan pengalaman kehidupan dan juga kisah persatuan serta organisasi. Juga dibangkitkan mengenai program survivor yang sudah dirancang begitu lama tetapi masih gagal untuk direalisasikan. Penulis juga mencadangkan agar diadakan pertemuan yang lebih kerap sesama rakan dan dibuat ala usrah untuk memantapkan dalaman ahli. Kami tiba di pekan Mersing sekitar jam 11 pagi. Cuaca memang baik. Kami singgah sebentar untuk mendapatkan sedikit keperluan diri.

Pesta-pestaan di bulan kemuliaan

Imej
Isnin malam tatkala membeli burger di gerai tersohor di kota ini, telinga penulis menangkap bunyi-bunyian pertunjukan pentas mengalunkan lagu-lagu inggeris datangnya dari arah gerai berderet di dataran tepian sungai. Pada awalnya penulis menyangka gerai itu dibina bersempena kedatangan Tahun Baru Cina. Tetapi setelah kedengaran lagu-lagu irama 60an maka yaqinlah bahawa ianya adalah merupakan satu pesta terbuka. Negara baru sahaja 4 hari lepas meraikan sambutan maulid ar rasul di Puterajaya dengan menampilkan ulama tersohor untuk menyampaikan ceramah. Rupa-rupanya sambutan maulid kita hanyalah sebuah retorik!! Kalaupun tidak kerana ianya sudah menjadi amalan sejak zaman - berzaman... Kita semakin gagal untuk memahami apakah falsafah diwujudkan amalan sambutan tersebut. Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu pun sejarah bermulanya sambutan tersebut. Ramai dikalangan kita yang hanya tahu sambutan maulid menguntungkan kerana cuti umum. Bagi yang terpaksa bekerja akan dibayar d