Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 4, 2018

Balada Seorang PPT : Terasa Kerdil Diri Ini

Imej
Kursus Transformasi PPT - amat gah sekali menjulang nama organisasi meniti bibir penceramah jemputan. Dikhabarkan, organisasi kami adalah merupakan yang pertama berjaya mengadakan kursus seumpama ini dengan fokus kepada jawatan ini. Hasil siasatan yang tidak bersifat emperikal, didapati masih tiada tanda² yang menunjukkan wujudnya sebuah pertubuhan atau kesatuan, atau persatuan mahupun kelab yang fokus terhadap perjuangan PPTdi kampus² universiti awam - UA. Penceramah menekankan peri pentingnya ditubuhkan sebuah badan yang mampu bersuara untuk PPT. PPT yang digelar sebagai Pegawai Paling Teror oleh salah seorang penceramah adalah satu gelaran yang agak gah sebenarnya. Beliau menekankan bahawa PPT perlu menguasai lima bidang utama dalam pentadbiran iaitu i. Pentadbiran II. Perkhidmatan  iii. Kewangan iv. Aset / harta v. Pengutkuasaan Beliau menyatakan lima elemen ini adalah teras utama yang perlu dikuasai oleh seorang yang bergelar PPT. Dalam elemen pe