Air kembali disekat? Salahkah
Sekatan ke atas penggunaan air, atau biasa digunakan istilah penggunaan air berjadual, mula berkuatkuasa di daerah tengah gapura selatan sejak Ahad lepas. Dengan menggunakan alasan yang sama seperti tahun² sebelumnya, penggunaan air mengikut kawasan disekat penggunaannya selama 36 jam. Walau bagaimanapun, apabila keadaan kembali pulih di kawasan takungan air, maka jadual akan segera ditamatkan dan pengguna dijanjikan dengan limpahan penggunaan air sepertimana biasa. Meskipun dijadualkan hanya dua daerah sahaja yang terlibat, sebagaimana yang dinyatakan di laman sesawang penguasa air negeri, ianya seolah sesuatu yang kelihatan tidak berapa adil untuk penduduk daerah tengah gapura selatan ini. Hampir setiap tahun, penduduk daerah ini akan berhadapan dengan masalah catuan air berjadual. Namun ianya seperti tidak pernah diendahkan oleh mana² media massa. Kalau adapun, hanya kisah mengenai kerajaan negeri yang dikatakan akan membuat sekatan dan catuan namun ianya tidak berlaku seca