Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2016

Bila harga petrol menurun

Imej
Sekitar jam 1.05 pagi, penulis membawa kenderaan masuk ke sebuah stesen pam minyak. Sebaik turun dan menghulurkan not RM100.00, penulis bertanya, "minyak turun ke?" Si gadis penjaga stesen hanya mengangguk dan tersenyum.... Kalau ikut apa yang dipaparkan dan diviralkan di media sosial siang tadi,dinyatakan bahawa petrol akan turun sebanyak 20 sen menjelang tengahmalam 1 Mac 2016. Bersegera penulis menuju ke pam dan menarik keluar penutup petrol kereta lantas memasukkan pam berupa pistol itu ke dalam mulut lohong petrol kereta. Terpapar di skrin harga terkini RM1.65...kurang 10 sen daripada hari sebelumnya...Ya...minyak turun lagi... Sebaik selesai mengisi petrol, penulis masuk ke tempat duduk pemanduan dan menutup pintu lantas meneruskan perjalanan pulang ke rumah.  Terbayang di kotak pemikiran penulis, kalaulah esok semua harga barang turun tentu seronok. Penulis cuba membayangkan akan harga kuih yang biasanya RM2.00 untuk lima ketul bertukar atau kembali