syawal dua - kemenangan dan kesesakan
Salam syawal. Umat islam di Malaysia, khususnya negeri perak ke selatan tanah air masih hangat meraikan ketibaan syawal meskipun sudah ada yang memulakan puasa sunat syawal. Anak-cucu yang pulang untuk berhari raya di kampung masih lagi belum pulang dan menghabiskan sisa cuti sehingga ahad. Perjalanan untuk berhari raya di kawasan batu pahat saban tahun pasti akan menemui masalah berulang. Masalah kesesakan lalulintas. Ianya akan bermula dari bulatan masuk ke gotham city, kemudian di lampu isyarat susur ke felda ayer hitam, kemudian semakin sesak dari sekolah menengah seri lalang hinggalah ke pekan ayer hitam. Ianya adalah masalah tahunan yang terus berulang yang pada pandangan penulis dipandang sebelah mata sahaja bagi yang memegang tampuk kekuasaan. Mungkin bagi mereka ini adalah kici punya hal. Ini kesesakan satu tahun satu kali juga. Semua orang harus faham.. Apa adakah rakyat wajib faham tetapi mereka tidak perlu faham keadaan rakyat? Oleh kerana kesesakan ini berulang