Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 11, 2010

Asar yang memberangsangkan

Asar 24 Rabiul Awwal penulis bergerak ke surau yang mengumandangkan azan berhampiran pejabat. Tatkala bertegur sapa dengan seorang pensyarah di lokasi wudhuk, dia menyatakan bahawa tidak seronok rasanya kalau sudah mendengar azan tapi masih nak teruskan kerja. Bukankah Nabi pernah mengancam bahawa manusia yang mendengar azan tetapi enggan atau segan hadir akan dituang timah panas ke dalam telinganya ? Dia menambah lagi "Sekarang ini ramai yang sanggup rileks di kedai kopi dan membiarkan laungan azan dari surau berhampiran...tanpa sedetik rasa untuk menghadirkan diri solat berjamaah. Alangkan pada zaman nabi SAW, orang munafik pun ke masjid (kecusli solat subuh & Isya' - Pen) Zaman ni lagi teruk. Langsung tak hadir walhal telingan mendengar .." Komentar yang menyentak perasaan , lebih teruk dari munafik (di zaman Nabi SAW) ... Ya Allah ..