Sakit adalah guru yang terbaik
Satu ketika dalam kerajaan yang besar, terdapat seorang bendahara yang sangat tawadhuk dan kerap kali mengungkai kata-kata segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Pada satu ketika, raja telah berlawan pedang dengan adindanya sebagai salah satu aktiviti riadah di pagi hari. Ketika sedang asyik, tiba-tiba mata pedang adindanya telah melukakan betis raja yang mengakibatkan tusukan dan luka yang agak dalam. Maka acara tersebut dihentikan dan raja kesakitan akibat tusukan itu. Beberapa hari kemudian, sang bendahara telah dipanggil oleh raja yang kesakitan itu, "Pada pandangan beta, nampaknya adinda beta ada berniat untuk memusnahkan beta..lihatlah ini perlakuannya.." Sambil menunjukkan kesan luka yang masih belum sembuh sepenuhnya itu. "Tuanku,..Patik tak berasa sebagaimana itu. Segala sesuatu pasti ada hikmahnya tuanku. Pada pandangan patik, perkara ini tentu ada hikmahnya.." Mendengarkan kata-kata bendahara itu, maka naiklah murka sang raja, lantas segera