Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 7, 2015

Kisah Pencuri kain kafan

Imej
Dikatakan bahawa terdapat satu profesion yang agak terkenal suatu ketika itu, iaitu selaku pencuri kain kafan. Tujuan pencurian itu ialah untuk menjual semula kain tersebut kepada keluarga si mati pada keesokkan harinya. Dengan harga yang dibayara, itulah yang menampung kehidupan sang pencuri.  Suatu ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang pencuri kain kafan yang terkenal telah dipanggil oleh seorang alim. Tatakala tiba, si alim berkata, "Bukankah engkau ini pencuri kain kafan yang terkenal di kota ini?" "Benar wahai tuan guru" "Berapakah harga kain kafan yang engkau curi dan kemudian jula itu?" "sekitar 40 dirham wahai tuan guru" "Oh jika begitu, ambillah ini 160 dirham, tetapi dengan syarat apabila aku meninggal kelak, janganlah engkau mencuri kain kafan ku.." Masa sang pencuri pun bersetuju dengan syarat tersebut. Selang beberapa ketika, maka tersebarlah berita akan kematian tuan guru