Di balik bilik kecil..
Dari sekeping jendela tingkap di blok bertingkat inilah sejak 10 hari yang lepas, penulis melihat dunia dan langit yang bertukar ganti. Sebentar ia cerah. Kemudian ia mendung dan pergi. Dari jendela ini penulis melihat sang mentari muncul dan kemudian diganti pula oleh rembulan. Dari jendela ini penulis melihat hari yang paling malang bagi seluruh rakyat negara ini dimana usul TPPA di luluskan di Dewan Rakyat dengan majoriti undi blok. Dari jendela ini juga penulis tergamam dengan kemurahan hati seorang pemimpin negara yang sanggup memulangkan kembali wang derma kepada yang memberi derma... Dari jendela ini penulis dikenalkan dengan tokoh² falsafah sepanjang zaman...Aristotle dan gurunya Plato, serta guru kepada Plato iaitu Socrates.. Penulis juga melihat dari jendela dan disapa oleh teori negara sempurna hasil pemikiran Plato, Kallipolis...Ah..kalaulah Plato masih hidup kini, tentu dia menangis melihat perlakuan ganas ahli politik masa kini yang tidak menghira