Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 19, 2021

Kisah Anak Tentera : Main Perang Perang

Imej
 12 Rabiul Awwal 1443 dari hijrah Ar Rasul Antara permainan biasa yang menjadi igauan anak² tentera yang duduk di dalam kem ialah bermain perang-perang. Meskipun banyak terdapat permainan lain seperti polis sentri, galah panjang, sorok² dan sebagainya, namun permainan perang adalah agak eksklusif dan istimewa. Ini adalah kerana persediaan perang perlu dibuat dengan teliti. Jumlah penyertaan juga melibatkan kuantiti yang agak ramai. Alatan senjata yang digunapakai ialah papan yang mungkin boleh direkabentuk sebagai senapang, getah gelang dan juga peluru. Tiga perkara ini sudah cukup untuk menyertai peperangan. Mungkin senapang kayu atau papan tidak begitu penting dari segi rupa penampilan. Namun getah dan pemilihan peluru dilihat sangat penting. Oh ya, terlupa lagi satu alat ialah penyepit baju kayu.  Jumlah getah gelung yang banyak akan lebih menguatkan senapang untuk memberikan impak yang labih kuat dan jauh. Sepit baju kayu perlu diikat juga pada laras senapang dengan kukuh. Ianya bo