Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 18, 2011

Khidmat masyarakat di Kampung Sagil

16 Disember 2011 , sekitar jam 2.45 petang, pelajar kokurikulum khidmat masyarakat seksyen 8 di bawah pimpinan saudara mohd fazrin memulakan langkah menaiki bas untuk menuju ke sebuah perkampungan melayu di dalam daerah Ledang. Ketibaan mereka disambut dengan begitu meriah. ADUN kawasan juga turut serta. Kemudian kesemua mereka dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. Penulis hanya berpeluang menjenguk mereka pada hari kedua. Sepanjang perjalanan hanya dihiasi dengan hujan yang mencurah. Kadangkala lebat. Kadangkala sederhana.Melalui lebuhraya dari Ayer Hitam keluar di Tangkak. Membelok ke kanan, menemui pekan Tangkak.Bergerak lagi menuju ke kawasan kampung sagil hingga menemui papan tanda masuk dan juga banner program yang terpampang. Rupanya perjalanan tidaklah begitu dekat. Tatkala tiba, terpaksa menghubungi pengarah program dek kerana gagal menemui lokasi sebenar. Pengarah program bersama beberapa pelajar dan ketua kampung sedang melaksanakan akiviti ziarah mesra. Z