Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 30, 2013

Citra itu meminta lagi...

Imej
Hari gaji tiba lagi. Kali ini lebih meriah. Meriah dek kerana kenaikan gaji 2KGT. Meriah kerana ada bayaran OT hingga 3 bulan yang tertunggak. Meriah kerana bermacam lagi kurniaan Ilahi.. Walau bagaimanapun, sang Citra hitam meminta lagi. Kali ini permintaan agak besar jua. Hari pertama gaji diserikan dengan penukaran minyak gear. Harganya mungkin hanya ratusan ringgit sahaja. Tetapi malang sekali ada tambahan pula. Hos air telah kelihatan membengkak dan membahayakan kesihatan Citra... maka mahu tidak mahu terpaksa ditambah ongkosnya ... Dalam perjalanan pulang baru terperasan pada speedometer bahawa haul untuk servis minyak hitam telah hampir..Ya Allah ..cepatnya. Tercatat di stiker cermin kereta bahawa tarikh akhir penukaran adalah pada Mei...mengapa begitu cepat ianya berlaku. Sebelum ini akan memakan masa 3 hingga 4 bulan...Oh ya...dalam jangkamasa itu, kerap ke KL ulang alik dan ke JB dan kemana sahaja ... Maka keesokan harinya, citra itu terima lagi habuannya. Se

Tarawih yang gerhana

Imej
Malam ke 17 Ramadhan...sepatutnya umat islam semakin memenuhi ruang masjid dan surau. Sepatutnya sudut-sudut dan setiap inci rumah Allah akan sendat dengan susuk tubuh mukmin yang dahagakan belaian dan gelaran taqwa dari Yang Maha Pemberi. Ini kerana malam-malam ini sudah semakin menghampiri ke kemuncaknya. Malam-malam ini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Dan di malam-malam inilah janji amalan 1000 bulan sedang dintai-intai oleh jiwa-jiwa yang amat tamakkan anugerah dari tuhannya.. Sayangnya, umat di dunia belahan selatan tengah ini kelihatan semakin liar dengan rumah-ruamh Allah. Jika hendak dibandingkan dengan minggu pertama kehadiran Ramadhan, jumlah yang hadir lebih ramai dan memenuhi setiap ruang masjid dan juga surau. Menjelang minggu kedua manusia semakin jauh...mereka lebih bersegera untuk taqarrub kepada bazaar ramadhan yang cuba memberikan udara kosmetik menarik hati sang pengunjung agar berkunjung lagi dan lagi...terus-terusan setiap malam ramadhan, sambil didenda

catatan sebelum iftaar

Imej
Ramadhan ke 18 penulis musafir ke ibu kota bersama orang sebelah yang setia, adik ipar dan juga puteri sulung. Sebelum terbit mentari pagi kami telah meninggalkan kediaman. Singgah di KKA untuk mengambil adik ipar. Kemudian singgah di shell sebelum tol untuk memberi 'minuman' kepada tunggangan dan juga mengisi angin ke dalam tayar berusia sebulan.. Sekitar jam 0730 kami bergerak masuk ke dalam lebuh raya dengan mengambil kad dari pintu tol. Sekarang kad berbentuk seperti kad bank tanpa cip itu telah digunakan bagi menggantikan tiket sebelum ini untuk menikmati perjalanan di lebuhraya ..  Dengan kelajuan sekitar melebihi 110km dan kadang-kadang menjejak ke 160km, citra itam berhabuk meluncur gagah membelah laluan menuju ke destinasi impian. Di Nilai, berhenti seketika untuk menyelesaikan hajat dan seterusnya perjalanan keluar di tol UPM dengan bayaran RM30.90... Dengan berpandukan GPS dari telefon pintar, terus menuju ke destinasi, kompleks SOGO di tengah-tengah