Catatan

Tunjukkan catatan dari September 25, 2013

Jatuh bangun sebuah perjuangan : sukar sangatkah untuk memilih Islam?

Imej
Kadang-kadang terlintas di minda penulis, sukar sangatkah untuk menyampaikan mesej tentang Islam pada hari ini? Walhal kita dikelilingi oleh terlalu banyak medium mudah seperti FB, tweet dan sebagainya. Cubalah sekali-sekala kita berbicara mengenai kebaikan dan keindahan Islam. Mungkin sepanjang hari kita penuhi dengan pelbagai aktiviti yang mungkin sekelumit pun tidak menguntungkan Islam. Bahkan kadang-kadang kita menyatu dengan para pendukung jahiliah untuk meruntuhkan Islam itu sendiri tanpa kita sedari. Sebagai contoh kita terlibat dengan sebuah mesyuarat yang membincangkan mengenai pengisian sebuah program bertaraf kebangsaan. Kita berbincang tentang pengisian. Maka juak yang kurang faham atau kurang mesra dengan syariah, akan menyodorkan pelbagai hidangan multi mesra dosa, seperti nyanyian, konsert, persembahan pentas yang melibatkan secara langsung pergaulan bebas antara dua jantina berbeza yang bukan mahram. Maka apa peranan kita? Adakah hanya menongkat dagu dan terangguk-anggu