Ke Avillion lagi..
Hujung minggu ini penulis dipanggil sekali lagi ke bangunan yang berukiran senibina English di tengah - tengah kesibukan kota melaka bagi menyertai bengkel yang turut dihadiri oleh para pembesar organisasi. Terasa diri sangat kerdil untuk hadir hingga membuat beberapa panggilan ke pejabat yang membuat pelawaan. Sememangnya ketua sub organisasi sejak awal-awal minggu telah membuat arahan melalui tulisan di dalam kotak surat elektronik agar penulis hadir ke mesyuarat tersebut bersama timbalan beliau. Kemudian sang timbalan juga tidak dapat hadir lalu diturunkan ke batu jemala ketua jabatan. Dan KJ juga tidak dapat hadir maka diperturunkan ke batu jemala orang kanan jua.. Maka penulis memulakan musafir beberapa jam selepas menyelesaikan solat jumaat di Jame kampung penulis. Sekitar jam 5 petang, penulis tiba di pejabat untuk mengambil pakaian yang tertinggal. Ya ..pakaian itu meskipun hanya sebuah jaket biru tua yang sudah berkarat butang lengan sebelah..tetapi masih berguna untuk