12 hari telah berlalu
12 Ramadhan, bertepatan dengan hari Jumaat, hari hujung minggu bagi negeri² Melayu Tidak Bersekutu. Suasana hari agak redup dan mendung, dengan titisan hujan yang lemah. Khutbah Jumaat berkisar mengenai kematian dan persediaan untuk menghadapinya. Mendung di langit sejak dhuha tadi kelihatan semakin memberat dan akhirnya memuntahkan titis-titis hujan yang agak lebat dan berhenti sebaik takbiratul ihram sang khatib Suasana ramadhan masih seperti tahun² sebelumnya, media massa masih berperan untuk mempamerkan bahawa muslim berpuasa hanya kerana hendak berhari raya. Bahkan di gedung² jualan, lagu² hari raya semakin rancak diputarkan, bahkan sejak awal-awal Ramadhan lagi. Rindu untuk memeluk Ramadhan sebagaimana para sahabat dahulu mendambakan Ramadhan...entah bila kapan berlaku? Wallahu a'lam