Marhaban dan baraan
Syawal di Johor disambut agak panjang, sama seperti yang diwar-warkan oleh media dan juga lagu-lagu hari raya, mungkin berbeza dengan sambutan di negeri2 lain seperti Kedah, Kelantan dan sebagainya. Namun berbeza pula tatkala sambutan eid Adha ... meskipun hari tasyriq dan hari-hari bertakbirnya agak lebih panjang, namun ianya hanya disambut sehari sahaja. Amat jarang yang mengamalkan acara kunjung mengunjung. Amalan yang menjadi tradisi di negeri Johor ini ialah amalan ziarah marhaban dan baraan. Baru syawal kali ini penulis dapat maklumat berkaitan perbezaan diantara baraan dan marhaban. Kunjungan baraan ialah kunjungan ke rumah-rumah penduduk dengan tatacara bersalaman, makan dan bermaafan dan kemudian ke rumah seterusnya dan biasanya dilaksanakan pada waktu siang hari, manakala ziarah marhaban ialah acara yang hampir sama dengan acara baraan, cuma ditambah dengan bacaan selawat dan biasanya dilaksanakan pada waktu malam, selepas Maghrib dan disambung selepas solat Isya ... dan acar