Zina sudah menjadi agenda utama bangsa ini?
Pergaulan bebas boleh diertikan sebagai pergaulan di antara dua jantina yang tiada sebarang ikatan yang sah di sisi agama, sama ada ikatan perkahwinan, ikatan persaudaraan disebabkan oleh persusuan atau anak-anak kandung, tanpa batasan. Definisi yang amat meluas boleh dibuat atas dua frasa kata ini yang mana ianya mungkin boleh dimanipulasi oleh sesetengah golongan yang sememangnya amat senang dengan pergaulan ini. Bukanlah bermakna pergaulan bebas jika sekiranya sekelompok muda mudi berada di dalam kelas untuk memepelajari ilmu dalam keadaan penuh beradab, menutup aurat dan sopan, tetapi apabila mereka mula berbual kosong, duduk berhampiran dan bergurau pada perkara-perkara sia-sia yang mungkin boleh merangsang keinginan, maka ianya boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas yang ada bibit-bibit ke arah cinta bertunjangkan syahwat hingga boleh mengelincirkannya kedua-dua manusia berlainan jantina ini ke arah zina jika tidak terkawal. Namun, manusia yang hidup dalam zaman pra-kekhalif