Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 18, 2017

Harapan D Saujana Hill Golf Resort

Imej
Untuk tahun ke tiga, penulis sekali lagi , dalam langkah kaki yang berat, meninggalkan bumi permastautinan menaiki kenderaan awam untuk menuju ke pulau tahanan. Penulis dihantar oleh isteri dan anak² seusai Isya hingga ke tangga bas.  Penulis memilih menaiki bas hanya sampai ke terminal feri sahaj berbanding bas merentas selat dek kerana harga yang berbeza. Jika sampai ke terminal hanya dengan RM 57.80 berbanding RM75.00 jika merentas selat. Jauh beza...Di terminal, kita hanya perlu tambah sekitar RM3.20 sudah tiba ke destinasi... Perjalanan hanya bermula sekitar jam 9.20 malam dengan beberapa persinggahan. Pergerakan bas tidaklah terlalu laju hingga dianggap membahayakan dan tidak pula terlalu perlahan hingga menimbulkan bahang kemarahan... Penulis selamat tiba di pesisir pengkalan, sekitar jam 5.30 pagi seperti tahun lepas jua. Pesisir pengkalan masih tidak berubah. Tetap seperti setahun yang lepas. Seolah tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Al maklumlah, negeri mili